12 Bahan Herba Semulajadi

Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara merupakan minyak kelapa yang diproses tanpa melibatkan haba atau kimia untuk mengekalkan struktur asalnya. Ia rendah kalori dan terbukti mempunyai pelbagai kegunaan dan khasiat untuk kesihatan dalaman dan luaran manusia, seperti meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel di samping mengekalkan kehalusan dan kelembapan kulit kepala.

Aloe Vera (Aloe Barbadensis)

Tumbuhan yang berasaskan gel ini terbukti mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk tujuan kesihatan dan kecantikan. Juga dikenali dengan nama Lidah Buaya, ia berupaya menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping merawat masalah kulit, memudarkan parut yang masih baru dan meningkatkan kelembapan kulit. Aloe Vera yang bersifat antikulat turut berupaya membantu mempercepatkan proses penyembuhan, mengatasi masalah kegatalan dan kelemumur di samping menyihat dan menyamankan kulit kepala.

Limau Purut (Citrus Hystrix)

Limau purut kaya dengan asid sitrik yang bersifat antioksida dan berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah daripada kerosakan sel. Limau purut juga mampu menanggalkan kekotoran pada rambut dan kulit kepala, mengatasi masalah kelemumur dan kulit kepala yang berkerak di samping melancarkan peredaran darah di bahagian kulit kepala seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut. Selain membantu mengekalkan kelembapan kulit kepala, ia turut berupaya mendinginkan dan menyegarkan lagi kulit kepala anda.

Buah Keras (Candlenuts)

Turut dikenali sebagai Kemiri di Indonesia, buah keras mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti protein, flavonoid, saponin dan polifenol yang berupaya membekalkan khasiat kepada tubuh badan, di samping menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

Thyme

Thyme bersifat antiseptik serta mampu menjana peredaran darah di bahagian kulit kepala sekaligus membantu menggalakkan pertumbuhan rambut. Selain itu, Thyme turut berupaya mengatasi masalah kelemumur dan keguguran rambut.

Rosemary

Rosemary merupakan sejenis pokok renek malar hijau dan berasal dari Mediterranean dan Asia. Ia sering digunakan dalam bidang kulinari dan perubatan serta berupaya mencegah dari keguguran rambut dan menambah pigmen atau warna pada rambut yang beruban. Di samping itu, Rosemary yang berupaya menyahtoksin ini turut mampu menggalakkan pertumbuhan rambut agar ia lebih panjang dan kukuh, serta menggalakkan peredaran darah di bahagian kulit kepala sekaligus meningkatkan penyerapan di bahagian tersebut untuk menyihatkan kulit kepala dan rambut.

Yarrow

Herba ini bersifat astringen dan aromatik serta kaya dengan khasiat dari sumber flavonoid, sterol dan asid salisilik yang berupaya memelihara dan merapi kulit kepala serta membuang sel kulit mati. Di samping itu, yarrow turut membantu memulihkan luka serta menggalakkan pertumbuhan rambut sekaligus membantu mengatasi masalah kebotakan.

Coltsfoot (Tussilago Farfara)

Bunga yang sering terdapat di Eropah dan Asia ini kaya dengan kandungan asid amino dan asid silika yang menjana kekuatan akar rambut di samping membantu mencegah daripada kerosakan sel. Coltsfoot turut berupaya merapi kulit kepala, mengatasi masalah kelemumur, di samping membantu menstabilkan penghasilan sebum atau minyak pada kulit kepala seterusnya memelihara kesihatan dan kelembapan kulit kepala.

Horsetail

Stem herba ini mengandungi silika dan asid silika yang berperanan membentuk kolagen serta membantu mengukuhkan dan mengilatkan rambut. Horsetail turut berupaya membuang minyak berlebihan dari kulit kepala di samping mengatasi masalah kelemumur

Stinging Nettle

Herba ang sering digunakan dalam perubatan tradisional Austria untuk mengatasi masalah kesihatan seperti di bahagian kardiovaskular dan saluran pencernaan ini turut membekalkan khasiat yang tinggi untuk rambut. Ia berupaya merawat kulit kepala serta mengatasi masalah kelemumur dan rambut berminyak, di samping mengilat dan mengembalikan warna asal rambut serta menjana pertumbuhan rambut yang lebih kukuh dan sihat.

Birch

Minyak Birch yang diekstrak dari kulit kayu pokok Birch ini bersifat antiseptik dan mampu membasmi bakteria yang mengakibatkan kerosakan pada rambut dan kulit kepala. Selain itu, ekstrak Birch turut berupaya merawat dan mencegah masalah kelemumur di samping mengukuhkan akar rambut seterusnya mencegah daripada keguguran rambut.

Bunga Raya (Hibiscus Rosa Sinensis)

Lendir bunga raya yang dikenali sebagai mucin berfungsi melebatkan dan menghitamkan rambut. Disamping itu, bunga raya turut membantu mengekalkan kelembutan rambut dan keutuhan akarnya, disamping berupaya mencegah daripada keguguran rambut.

Your Shopping Cart
Subtotal: RM 0.00  (0 items)
Your shopping cart is empty
Start Shopping!